BUKIT MERTAJAM 11 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneliti maklumat berkaitan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang didakwa mengeluarkan hibah atau dividen bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, ini kerana setiap maklumat yang diterima perlu mempunyai asas seperti berlakunya salah guna kuasa sebelum siasatan boleh dijalankan. “Setakat ini kita masih meneliti maklumat berkaitan, ia ada asas atau…