IPOH 9 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan memanggil semula lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. ZAINUL DARUS Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, pihaknya juga mungkin akan memanggil Ahmad Faizal untuk memberi keterangan sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan. “Setakat ini, tidak ada individu baru dipanggil selepas keterangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad serta lima ADUN parti tersebut diambil. “Kita kena lihat dulu keterangan-keterangan yang ada dan jika perlu, kita akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya