SPRM: Mohd. Isa akan didakwa esok - Utusan Malaysia

SPRM: Mohd. Isa akan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Dis. – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (KL) esok berhubung kes pembelian hotel oleh syarikat Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) .

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya  telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Mohd. Isa yang juga merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah FIC.

“Beliau akan dituduh pada pukul 9 pagi di Mahkamah Sesyen KL esok berhubung siasatan kes pembelian hotel oleh FIC.

“Mohd. Isa hari ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10.48 pagi bagi menandatangani notis aku janji untuk hadir ke mahkamah,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×