KUALA LUMPUR 11 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga Vietnam bagi membantu melengkapkan siasatan kes yang sedang dijalankan suruhanjaya itu.

Menurut kenyataan SPRM, lelaki tersebut ialah Luu Van Hoa, 30, beralamat terakhir di tingkat 4, Blok 55, Taman Ungku Tun Aminah, 81300, Skudai, Johor Bahru.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa SPRM, Ikhwan Ihsan Jalaludin di talian 013-2218844. – UTUSAN ONLINE









