SPR harap dapat siar keputusan lebih pantas - Utusan Malaysia

SPR harap dapat siar keputusan lebih pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pada masa akan datang, dapat mengumumkan keputusan pilihan raya dengan lebih pantas berbanding sebelum ini, selepas ia melalui proses reformasi dan pengenalan pelbagai inisiatif baru, kata pengerusinya, Azhar Azizan Harun.

Beliau memberi contoh sebuah portal berita yang dapat mengeluarkan keputusan pilihan raya dengan lebih pantas kerana ia berdasarkan kepada borang 14, yakni borang yang menyenaraikan butir-butir data berkaitan pengundian, tetapi masih belum disahkan.

“Antara inisiatif yang kita fikirkan ialah apabila sudah ada borang 14 yang belum disahkan, kita akan siarkan data itu tapi ia bukan keputusan, cuma data dari borang 14 yang belum muktamad.

“(Portal) pun dapat data Itu daripada ejen serupa sahaja. Kenapa kita tak buat, kita pun (ikut) buatlah,” katanya pada siding akhbar selepas majlis penutup program sidang meja bulat ‘Electoral Reform of Malaysia’ di Parlimen hari ini.

Tambah Azhar lagi, SPR sedia maklum dengan pelbagai kelemahan agensi itu dalam pilihan raya lepas, sekaligus memberi jaminan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya yang seterusnya diadakan.

Beliau berkata proses reformasi SPR dibahagikan kepada empat kategori.

“Pertama reformasi itu boleh buat sekarang tanpa perubahan kepada apa-apa undang-undang atau peraturan. Jadi kita akan buat itu dulu.

Kedua reformasi yang memerlukan pindaan peraturan. Dalam undang-undang saya boleh pinda peraturan, jadi itu juga tidak menjadi masalah. Contoh perkara macam hari penamaan calon dan keperluan pas nak masuk (ke kawasan penamaan seperti insiden di) Rantau,” katanya.

Beliau berkata kategori yang ketiga pula memerlukan pindaan undang-undang dan dibawa ke Parlimen seterusnya memerlukan majoriti mudah, tetapi perlu dilaksana semasa menggubal atau meminda undang-undang.

Jelasnya lagi, kategori keempat merupakan paling sukar kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan dan memerlukan majoriti 2/3 sokongan dalam kalangan anggota Parlimen dan akan mengambil masa yang lama. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN