KUALA LUMPUR – Suri rumah yang ingin menambah pendapatan kini boleh membuka ‘kedai makan’ mereka sendiri menerusi aplikasi penghantaran makanan baharu yang dibangunkan oleh anak tempatan, Sooru. Pengasas Bersama Sooru Technologies Sdn. Bhd., Erwan Taher berkata, aplikasi berkenaan yang bakal dilancarkan pada Februari depan menyasarkan penyertaan suri rumah yang berminat untuk menceburi perniagaan penyediaan makanan selain restoran. Jelasnya, tiada sebarang yuran dikenakan untuk turut serta dalam ekosistem Sooru, memudahkan pengusaha…










