Sokong, bantu Mohamad Hasan teraju parti - Mohamed Khaled - Utusan Malaysia

Sokong, bantu Mohamad Hasan teraju parti – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Dis. – Semua penyokong dan ahli UMNO di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri PERLU menyokong dan bersama-sama membantu Datuk Seri Mohamad Hasan menjalankan amanahnya sebagai presiden parti yang baharu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkembangan tersebut adalah permulaan kepada usaha mereformasi parti keramat orang Melayu itu.

“Setelah lebih enam bulan menempuhi kekalahan dan pelbagai rintangan, diharapkan agenda Islah parti akan terus subur di bawah kepimpinan baharu ini.

“Saya juga menyeru orang Melayu umumnya untuk bersatu dan terus memberi bantuan, pandangan dan kritikan membina bagi kelangsungan parti serta agenda memajukan bangsa Melayu.

“Semoga Allah S.W.T memberikan kesabaran, kekuatan dan ketenangan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadapi cabaran peribadinya. Begitu juga kita mendoakan Allah SWT memberikan taufiq dan hidayahNya ke atas Datuk Seri Mohamad Hasan,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN