CYBERJAYA 14 Dis. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius aduan pengguna dan komited untuk mengawal selia bagi memperbaiki kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan keseluruhan industri pos serta kurier di negara ini. GOBIND SINGH DEO Dalam satu kenyataan, SKMM memberitahu, pihaknya sehingga kini telah mengeluarkan lebih 120 lesen termasuk kepada pemain kurier antarabangsa utama untuk menyokong industri e-dagang yang semakin membangun. “Mempromosi saingan yang sihat adalah amat penting…










