SKHMP Krismas dikuatkuasakan hari ini hingga 27 Disember - Utusan Malaysia

SKHMP Krismas dikuatkuasakan hari ini hingga 27 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMP Krismas) bagi 2018 berkuatkuasa hari ini hingga 27 Disember ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaannya, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sebanyak 16 jenis barang diwartakan sebagai barang kawalan yang perlu dijual mengikut harga ditetapkan.

Menurut beliau, pelaksanaan kawalan harga itu dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Tempoh kuat kuasa skim ini adalah selama lima hari iaitu masing-masing dua hari sebelum dan selepas hari perayaan serta sehari pada hari perayaan di seluruh negara.

“16 jenis barangan dikawal harganya meliputi kategori ayam, telur ayam, sayur-sayuran, daging kambing dan daging khinzir,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan tinjuan harga barang di sebuah pasar raya sempena pelaksanaan SKHMP Krismas – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN