KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan sama. “Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam buku Sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan mengulangi. “Begitu juga jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik dalam menyamun,” katanya ketika menjawab…










