KUALA LUMPUR 5 Dis. – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia dalam dua serbuan di Jalan Pudu dan Batu Caves, Selangor, kelmarin. Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11.20 pagi itu, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di lobi sebuah hotel di Jalan Pudu di sini dan polis turut menemukan syabu seberat 93 gram dan 600 biji pil ekstasi seberat 329 gram pada…










