KANGAR 11 Dis. – Usul menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diluluskan secara sebulat suara oleh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN di sini, hari ini. Usul itu dikemukakan oleh Datuk Seri Azlan Man (BN-Bintong) yang juga Menteri Besar yang kemudian dibahaskan oleh Rozieana Ahmad (BN-Pauh) manakala pembangkang diwakili Asrul Nizan Abd. Jalil (PKR-Sena) dan Ahmad Shukri Ramli (Pas-Sanglang). Azlan ketika membacakan…










