Sidang Dewan Rakyat sesi akan datang bermula 11 Mac 2019 - Utusan Malaysia

Sidang Dewan Rakyat sesi akan datang bermula 11 Mac 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang dijadualkan dari 11 Mac hingga 11 April depan, iaitu selama 20 hari.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menerima pemakluman mengenai Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-14 itu daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Ketua Majlis selaras dengan Peraturan 11 (2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mesyuarat Kedua akan bermula dari 1 hingga 18 Julai iaitu selama 12 hari, manakala Mesyuarat Ketiga akan bermula dari 7 Oktober hingga 5 Disember selama 36 hari,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Ariff berkata, persidangan Dewan Negara akan memulakan Mesyuarat Pertama pada 11 Mac dan dari 22 April hingga 9 Mei depan iaitu selama 11 hari. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN