KUALA LUMPUR 2 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya segera menyiasat laporan dibuat terhadap beberapa individu dalam Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang didakwa melakukan penyelewengan. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, siasatan itu perlu disegerakan atas dasar kepentingan awam dan mengelakkan rakyat berterusan berpolemik mengenai reputasi institusi Islam tersebut yang banyak jasanya kepada umat Islam di Malaysia dan begitu dihormati…










