Kelas Bahasa Melayu Bermula “Katak si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi, cepatlah adik cepat, cepat-cepat pergi mengaji.” Ahmad, Ah Leng dan Nitesh menyanyi bersama-sama pada pagi itu sambil berjalan menuju makmal komputer. Mereka bertiga sangat teruja setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu kerana Cikgu Rahim akan menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE Frog) dalam pembelajaran. Pada masa kini pembelajaran berasaskan laman sesawang dapat memudahkan murid dan guru berinteraksi secara maya…










