MELAKA – Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur bakti di negeri kelahirannya pada saingan Liga Malaysia musim depan. Pemain berusia 39 tahun itu berkata, usia yang semakin meningkat itu bukan satu halangan dalam sukan bola sepak namun beliau berazam untuk mencapai sesuatu kejayaan bersama skuad Sang Kancil. “Bila saya dan pemain-pemain baharu datang ke sini (Melaka United) kami…










