DHAKA 31 Dis. – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina diisytiharkan memenangi pilihan raya negara ini. BBC melaporkan, parti pimpinan Hasina memenangi kira-kira 281 daripada 350 kerusi di Parlimen. Bagaimanapun, parti pembangkang hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan membantah keputusan tersebut. Pembangkang menggesa supaya undian baharu dilakukan kerana mendakwa berlaku ketidakadilan dalam pilihan raya kali ini. – AGENSI










