IPOH 22 Dis. – Penyerang bola sepak negara, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi mengakhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya, Nur Hazwani Mohd Rasid, 23, hari ini. Menceritakan detik perkenalan mereka, Muhammad Shahrel Fikri yang beraksi bersama PKNP FC berkata, mereka mulai saling mengenal sejak tahun 2013. “Sejak itu kami mula berkawan dan merancang untuk berkahwin sejak PKNP layak beraksi di Liga Super. Kami memang merancang untuk berkahwin pada hujung tahun…










