PUTRAJAYA – Ahli keluarga terdekat kepada beberapa mangsa tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 menyerahkan lima serpihan yang dipercayai bahagian-bahagian tertentu daripada pesawat malang itu kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam.
Anthony berkata, serpihan yang kelihatan seperti panel lantai pesawat itu ditemui di tiga lokasi di Madagascar antara Disember 2016 dan Ogos lalu akan diserahkan kepada Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 untuk verifikasi segera.
“Seperti yang saya nyatakan di Parlimen semalam (kelmarin), kita tidak pernah menutup sebarang kemungkinan. Jika ada petunjuk yang boleh dipercayai, selepas berbincang dan pihak berkuasa merasakan ada petunjuk baharu, kami sedia menyiasat.
“Kita perlu ada petunjuk yang boleh dipercayai sebelum membuat apa-apa keputusan. Sebarang misi mencari, saya perlu kembali kepada Kabinet. Saya tidak boleh buat keputusan sendiri,” katanya kepada pemberita di sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










