HAI DUONG 18 Dis.- Punca kesakitan yang dialami seorang lelaki akhirnya dikenalpasti apabila doktor menemukan seekor semut yang masih hidup di dalam telinganya. Serangga kecil itu yang dikesan menerusi penelitian sebuah otoskop, merangkak di dalam lubang telinga lelaki berkenaan untuk mencari makanan. Menurut Dr. Hoat, lelaki tempatan itu datang ke hospital dan memaklumkan merasai pergerakan dalam telinganya. Selepas diperiksa, doktor tersebut mengesan kehadiran seekor semut yang berada dekat pada gegendang…










