Semua enam mangsa rentung - Bomba - Utusan Malaysia

Semua enam mangsa rentung – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 Dis. – Mayat kesemua enam mangsa yang ditemukan di tingkat atas premis rumah kedai yang terbakar di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju di sini hari ini rentung dan berada pada kedudukan berselerak, dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, dua mangsa ditemukan di hadapan tangga, dua lagi berada di dalam bilik air sementara dua lagi berada di bahagian tengah melibatkan ruang kerja.

Menurut beliau, ketika pihaknya sampai di lokasi kejadian, premis tersebut terbakar 70 peratus, namun api berjaya dikawal dalam tempoh masa 12 minit daripada merebak ke premis bersebelahan.

“Operasi pemadaman api mengambil masa yang lama kerana terdapat ‘fire load’ yang agak tinggi di tingkat bawah, dipenuhi dengan khemah-khemah kerana premis itu seperti syarikat pengaturcara majlis.

“Apabila kita masuk dan tengok, kita dapati banyak kesan letupan dan kesan-kesan bahan letupan. Namun, kita tidak dapat pastikan apa perniagaan yang mereka jalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah Sayani, ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian juga, masih terdapat berlaku letupan tetapi pada kadar lebih kecil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN