TASEK GELUGOR 18 Dis. – Seramai sembilan lelaki dipercayai penagih dadah ditahan polis dalam satu operasi di Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor di sini semalam.
Kesemua suspek yang berusia di antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi selama kira-kira tujuh jam yang berakhir pukul 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, turut dirampas dalam operasi itu ialah dadah yang ditemui bersama suspek.
Berita berkaitan:
“Polis merampas bahan-bahan yang disyaki dadah jenis heroin seberat kira-kira 3.1 gram dan dadah disyaki syabu (0.7 gram) bernilai kira-kira RM220 yang dipercayai bagi kegunaan mereka sendiri.
“Kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh dan penganggur itu turut didapati positif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











