SAUDARA PENGARANG,MAJLIS Perundingan Belia Negara (MBPN) Sidang III Penggal ke-31 Tahun 2017-2018 yang bersidang baru-baru ini dilihat akan menyaksikan perubahan cara berfikir dan bekerja pemimpin belia dalam memperjuangkan isu dan cabaran pembangunan belia dalam era Malaysia Baru. Pembangunan belia mempunyai dua kerangka yang perlu diberi perhatian iaitu pelaksanaan dan pendekatan. Kebiasaannya aspek pelaksanaan tidak timbul masalah kerana adanya institusi pelaksana, dasar, program dan kewangan. Namun cabaran besarnya ialah kekurangan pendekatan…










