SHAH ALAM – Para pengguna boleh menyemak tahap kualiti dan status pensijilan topi keledar mereka bermula tahun depan menerusi aplikasi SIRIM QAS di telefon bimbit. Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Mohd. Azanuddin Salleh berkata, ini berikutan pihaknya akan memperkenalkan label keselamatan SIRIM bercirikan QR Code. Katanya, QR code itu mempunyai ciri keselamatan seperti nombor siri unik. “Para pengguna boleh menyemak dan mendapatkan status pensijilan topi keledar, jenis topi…










