‘Selamat Datang’ Akhyar- JDT - Utusan Malaysia

‘Selamat Datang’ Akhyar- JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Biarpun Kedah masih enggan melepaskan Akhyar Rashid dan mahu mengheret kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), namun Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mengucapkan selamat datang kepada penyerang remaja itu.

Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers hari ini mengumumkan Akhyar sebagai pemain terbaharu ditandatangani skuad Harimau Selatan.

JDT memuatnaik video menunjukkan Akhyar memakai jersi pasukan itu bersama ucapan ‘Selamat Datang’.

Video itu memaparkan Akhyar atau lebih mesra disapa Mat Yat menyarung jersi JDT dan melawat bilik persalinan mereka.

Perkembangan terbaharu itu pasti tidak menggembirakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang mahu membawa kes ke CAS selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengekalkan

RM210,000 sebagai jumlah yang perlu dibayar Akhyar untuk menebus kontrak.

Malah, KFA menegaskan, Penyerang Terbaik Kebangsaan itu perlu melapor diri bersama skuad Lang Merah pada Selasa ini kerana kontraknya hanya akan tamat pada 31 November, 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN