Selamat berjuang Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Selamat berjuang Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-14 yang berakhir hari ini disertakan dengan kata-kata semangat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof kepada skuad negara yang akan menentang Vietnam pada malam ini.

“Pada kesempatan ini juga, izinkan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak kebangsaan untuk pertemuan akhir pertama menentang Vietnam dalam Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil,” katanya sebelum menangguhkan sidang Dewan Rakyat, sebentar tadi.

aff penyokong
Gelagat para penyokong Harimau Malaya bersemangat ketika hadir pada perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukti Jalil hari ini. – UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Mohamad Ariff berkata, semua di Parlimen memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada pasukan Malaysia dalam misi merangkul kejuaraan kedua pertandingan tersebut.

“Ada sedikit pantun, dulu turun sekarang naik, dulu kosong sekarang penuh, Harimau Malaya tetap terbaik, sokongan kami dari Parlimen tetap utuh.

“Jadi kepada Harimau Malaya selamat berjuang, selamanya Harimau Malaya,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di bawah kerajaan baharu berjalan lancar sejak 15 Oktober lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN