'Saya yang menjalankan amanah' diharap kembalikan kepercayaan terhadap penjawat awam - Utusan Malaysia

‘Saya yang menjalankan amanah’ diharap kembalikan kepercayaan terhadap penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Frasa ‘Saya Yang Menjalankan Amanah’ yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan menggantikan frasa lama ‘Saya Yang Menurut Perintah’ oleh pentadbiran terdahulu diharap dapat mengembalikan kegemilangan dan kepercayaan masyarakat terhadap penjawat awam di negara ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah berkata, langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Kerajaan amat menitikberatkan usaha mewujudkan perkhidmatan adil, telus, bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kita perlu kembalikan semula kepercayaan masyarakat agar perkhidmatan dalam pentadbiran kerajaan akan lebih mampan sepertimana ketika tahun 1982 dalam slogan ‘Bersih, Cekap Amanah’,” katanya pada majlis amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama warga kerja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai di sini hari ini.

Borhan berkata, penjawat awam merupakan elemen penting dalam pemerintahan negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN