Saya tiada harta untuk diisytihar - Waytha Moorthy - Utusan Malaysia

Saya tiada harta untuk diisytihar – Waytha Moorthy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy menjelaskan beliau tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya,  sepanjang menjadi aktivis sebelum ini, pendapatannya habis dibelanjakan untuk dirinya dan digunakan untuk memperjuangkan nasib masyarakat India miskin.

“Saya tidak ada harta,apabila ada borang semua saya sudah isi, sumber pendapatan dah isytihar tetapi kalau nak kata harta memang tak ada.

“Jadi orang tanya saya, seolah-oleh macam saya tak isytihar harta saya. Saya suruh pejabat saya maklumkan kepada SPRM suruh letak satu nota di sana yang menyatakan memang saya tidak ada harta,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Berdasarkan semakan Portal Pengisytiharan Harta https://mydeclaration.sprm.gov.my/, seramai 13 Ahli Parlimen yang masih belum mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Semakan juga mendapati beberapa Ahli Parlimen hanya mengisytiharkan jumlah pendapatan bulanan, tetapi tidak mengisytiharkan jumlah aset yang dimiliki.

Mereka termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (Silam), Waytha dan Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), R Sanisvara Nethaji Rayer (Jelutong), Wong Tack (Bentong), dan Mordi Bimol (Mas Gading).

Waytah berkata, buat masa ini beliau hanya mengisytiharkan sumber pendapatan dan jika selepas ini beliau membeli aset, pembelian itu akan disytiharkannya kepada SPRM. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN