Saya sayangkan orang India - Tajuddin - Utusan Malaysia

Saya sayangkan orang India – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Sesi sidang Dewan Rakyat hari ini diserikan apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mengaku dirinya sebagai ultra India dan sayangkan kaum India.

Beliau berkata demikian sewaktu bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik semasa sesi soal jawab dengan meminta Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap cadangan mendirikan sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dalam kawasan Parlimennya.

“Menteri Pendidikan, boleh tolong saya di Pasir Salak? Kita hari itu di Pasir Salak bercadang mendirikan sekolah Tamil, jadi usaha ini tergendala sedikit. kalau boleh minta menteri beri perhatian,” katanya.

Beberapa penyokong kerajaan dikatakan ketawa sewaktu Tajuddin bertanyakan soalan tersebut, sekali gus membuatkan Ahli Parlimen Pasir Salak memberi reaksi dengan mengaku beliau sayangkan orang India.

“Apa ketawa-ketawa, you mana tahu, I love Indian you know. Saya ultra India. Minta menteri jawab, jangan kacau,” katanya.

Kata-kata beliau itu dipercayai ditujukan kepada RSN Rayer (PH-Jelutong) yang pada mulanya cuba mencelah, namun kembali duduk selepas Tajuddin menyatakan dirinya menyukai orang India.

Maszlee selepas itu menjawab soalan tersebut dengan melahirkan rasa terkejut berhubung kenyataan pemimpin UMNO itu, dan kemudian menyatakan pihak kementerian akan memberi perhatian terhadap cadangan membina SJKT di Pasir Salak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN