‘Saya bukan raksasa’ - Utusan Malaysia

‘Saya bukan raksasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Dis. – Conor McGre­gor mengejutkan peminatnya selepas dia memuat naik gambar The Joker dalam laman Instagram.

Bekas juara UFC dua kali itu meluahkan perasaannya dalam sosial seminggu selepas diharamkan daripada memandu kerana ditangkap melebih had laju.

Bagaimanapun, penyokong­nya tidak faham kenapa dia me­milih dialog daripada filem The Dark Night itu.

McGregor turut memuat na­ik video dia melambai-lambai kepada orang ramai semasa berada di dalam kereta.

Dia menulis: “Moral mereka adalah kod mereka, ia adalah lawak yang tidak kelakar. Hentikan perbuatan itu sebelum ditimpa masalah.

“Mereka kelihatan baik ke­ra­na dunia membenarkan perbuatan mereka.

“Awak li­hat, saya akan tunjukkan. Apabila berdepan ma­sa­lah, masyarakat bertamadun? Mereka akan menyerang sesama sendiri. Lihat, saya bukan rasaksa, saya hanya disalah tafsir,” kata tulisan itu.

Salah seorang peminat bertanya: “Apa yang dimaksudkan itu?” manakala seorang lagi me­nyatakan: “Saya sama sekali tidak faham, boleh sesiapa te­rangkan?”

Bintang golf dunia, Rory McIl­roy membalas dengan ke­nyataan mudah: “Salah satu da­ripada filem terbaik sepanjang zaman!”

Di dalam filem, The Joker disiasat Batman ketika dia sedang bermonolog.

Sikap McGregor di luar Octa­gon sentiasa menjadi krtikan orang ramai selepas dia berjaya meraih kegemilangan.

Masalah bermula pada awal tahun ini apabila dia bertindak membaling troli ke arah bas yang sedang membawa petinju lain pulang ke sebuah hotel di New York.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN