KUCHING 5 Nov. – Satu lagi kematian kes rabies baharu telah dilaporkan di sini melibatkan seorang lelaki berumur 21 tahun. Kes terbaharu ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 13 daripada 14 kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak pengisytiharan wabak pada 30 Jun, 2017. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari berkata lelaki itu telah meninggal dunia pada pagi semalam di Hospital Umum Sarawak berpunca dari Rabies Encephalomyelitis. …










