Sami mengaku tidak bersalah dera anak sehingga mati - Utusan Malaysia

Sami mengaku tidak bersalah dera anak sehingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang sami mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera hingga mati anaknya di sebuah rumah di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini 5 Disember lalu.

Tertuduh yang berusia 43 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin sebentar tadi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mendera anak lelakinya yang berusia 10 tahun di sebuah rumah di Seksyen 1 Bandar Rinching, Semenyih dalam daerah Hulu Langat, Selangor pukul 10.35 malam, 5 Disember lalu.

Dia didapati melakukan penderaan ke atas kanak-kanak itu dengan menyebabkan kecederaan fizikal sehingga menyebabkan kematian.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Januari depan sebagai sebutan semula kes. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×