BUTTERWORTH 5 Dis. – Polis sedang mengesan saksi-saksi kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua buah bas kilang di kilometer 147 Lebuhraya Utara-Selatan, Juru di sini pada 24 Oktober tahun lalu. Dalam kejadian tersebut, lapan pekerja kilang iaitu tujuh wanita warga Indonesia dan seorang wanita tempatan maut manakala 33 yang lain cedera. Jurucakap polis berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Heng…










