JENAMA kereta mainan popular dunia, Hot Wheels baru-baru ini mengadakan Jelajah Ulang Tahun ke-50 Asia Tenggara sebagai acara kemuncak sambutan ulang tahunnya yang ke-50. Pertandingan akhir peringkat Malaysia diadakan pada 10 November lalu di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor. Ia merupakan antara 50 lokasi sambutan merentasi lima negara Asia Tenggara. Dalam tempoh lebih sebulan, ratusan pasukan bersaing dalam ujian kelajuan, ketepatan dan penyelesaian masalah dengan hanya 10 pasukan terbaik dipilih…










