BANGI 18 Dis. – Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali sah menyertai pasukan Perlis bagi musim 2019 setelah menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) pada satu majlis ringkas di sebuah hotel di sini, hari ini. Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie percaya kehadiran Safee dan beberapa pemain ternama lain, mampu memperkuatkan skuad Singa Utara dalam mencapai sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir Piala FA…










