KUALA LUMPUR – Satu rundingan bakal diadakan pada Januari nanti di antara pegawai Kementerian Luar Malaysia dan Singapura bagi membincangkan isu pertikaian had sempadan dua negara itu.
Menteri Luar Negara, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,intipati utama yang bakal dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan isu perluasan pelabuhan Johor Bahru dan kawasan sempadan perairan berdekatan Tuas di Singapura.
“Saya yakin rundingan ini akan berjalan dengan baik tanpa menjejaskan hubungan kedua-dua negara ini.
“Perkara ini perlu diselasaikan dengan segera, isu perluasan kedua-dua pelabuhan merupkan intipati utama yang bakal dibincangkan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang bertanyakan mengenai perkembangan terkini pertikaian had pelabuhan antara Malaysia dan Singapura pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Tambah Saifuddin, terdapat rundingan berkaitan beberapa isu yang berjalan dengan baik dan diselesaikan antara kedua-dua negara sebelum ini.
“Sebagai contoh, perkara yang sudah diselesaikan ialah pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan rundingan penjanjian air,” ujarnya. – K! ONLINE











