Rumah pegawai kanan SPRM terbakar, disyaki khianat - Utusan Malaysia

Rumah pegawai kanan SPRM terbakar, disyaki khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Rumah milik pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang banyak mengendalikan kes berprofil tinggi musnah dalam kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat dalam kejadian di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan dekat sini semalam.

Penolong Pegawai Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 petang sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan Puchong tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

“Kejadian melibatkan rumah teres berkeluasan 21.33×9.14 meter persegi. Sebaik sahaja tiba, didapati tingkat atas rumah tersebut telah 80 peratus terbakar. Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.12 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Punca kebakaran masih dalam siasatan bahagian penyiasatan kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, ketika kejadian, pegawai kanan berusia lewat 30-an itu sedang bertugas di ibu pejabat SPRM manakala anak dan isterinya berada di kampung.

“Siasatan masih dilakukan namun kita tidak menolak kejadian ini berpunca daripada perbuatan khianat memandangkan mangsa bertugas di bahagian siasatan SPRM.

“Difahamkan polis sudah mengenal pasti dalang yang terlibat dalam kejadian ini dan akan mengambil tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×