KUANTAN – Seorang jurutera elektrik kerugian RM3,700 selepas memindahkan wang ke dalam akaun pihak ketiga atas ‘tujuan pengesahan status wang’ berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 25 tahun mendakwa melakukan transaksi itu selepas diarahkan berbuat demikian oleh seorang lelaki kononnya pegawai dari Bukit Aman. Katanya, mangsa yang dihubungi pada pagi semalam, ditakutkan dengan dakwaan telah membuat pengeluaran wang sebanyak RM1.2 juta…










