LONDON 21 Dis.- Pengawal selia media, Ofcom mendakwa media penyiaran Rusia, RT telah melakukan pelbagai kesalahan melanggar undang-undang, termasuk penyiaran program berita dan hal ehwal semasa pada Mac dan April yang antara lain membawa liputan pembunuhan bekas pengintip, Sergei Skripal dan anaknya, Yulia.
Memetik laporan Reuters, Ofcom dalam kenyataan berkata kesemua tujuh pelanggaran undang-undang melibatkan RT menunjukkan kegagalan media itu dalam mematuhi peraturan-peraturan penyiaran yang telah ditetapkan.
“RT telah dimaklumkan tentang pertimbangan Ofcom untuk mengenakan sekatan berkanun kepada mereka.
Dalam pada itu, RT dalam kenyataan balas memaklumkan pihaknya amat kecewa dengan kesimpulan dibuat Ofcom dan memutuskan langkah seterusnya dalam masa terdekat.










