Rompakan ‘dron Gatwick’ dalam sejarah Norway - Utusan Malaysia

Rompakan ‘dron Gatwick’ dalam sejarah Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO 22 Dis. – Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merompak sebuah bank di lokasi paling utara di dunia iaitu sebuah perkampungan terpencil di kepulauan Artik, Svalbard, Norway.

Rompakan itu merupakan ‘jenayah pertama’ ke atas bank berkenaan yang terletak di Lautan Artik, antara Norway dan Kutub Utara.

“Seorang lelaki didakwa me­lakukan rompakan itu pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan,” kata jurucakap pejabat gabenor tempatan, Terje Carlsen.

Menurutnya, lelaki tersebut membawa senjata api dan melarikan sejumlah wang dan kemudiannya ditahan di Longyearbyen.

Polis memberitahu, suspek merupakan pelancong asing yang mengembara ke perkampungan tersebut dan dibawa ke utara bandar Tromso untuk disoal siasat.

Pihak berkuasa enggan mendedahkan butiran lanjut suspek, jumlah wang dirompak atau jenis senjata api yang digunakan.

Perkampungan yang ter­kenal dengan glasier dan be­ruang kutub itu jarang ‘menerima’ laporan mengenai jenayah rompakan.

Longyearbyen didiami 2,000 penduduk dan masing-masing saling mengenali antara satu sama lain.

Satu-satunya pengangkutan yang ada untuk memasuki dan meninggalkan perkampungan itu adalah menggunakan kapal terbang.

Menerusi media sosial, pengguna internet menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka kerana gagal melakukan rompakan bank.

“Rompakan bank paling ‘berjaya’ dalam sejarah Norway,” jelas seorang pengguna Twitter.

Kepulauan Svalbard, kira-kira dua kali ganda besar Belgium, terletak sekitar 1,000 kilometer dari Kutub Utara.

Suhu pada musim sejuk mencecah di bawah -20 darjah Celsius dan boleh menjunam sehingga -40 darjah Celsius pada masa-masa tertentu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×