IPOH 11 Dis. – “Mak, acu nak RM5 je, acu tak nak banyak. Nanti lepas kerja, acu ganti balik.” Demikian permintaan terakhir Mohammad Nor Ikram Mohd. Husni, 15, kepada ibunya, Nor Aziah Ropandi, 43, sebelum keluar bekerja bersama empat rakannya di sebuah premis rumah kedai yang terbakar di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini hari ini. Nor Aziah berkata, dia hanya tahu kejadian yang menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik…










