Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$101.4 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$101.4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$101.4 bilion pada 14 Disember, menyusut daripada AS$102.0 bilion pada dua minggu sebelum ini.

Bank pusat dalam kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh  dan 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah US$95.6 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$900 juta),  Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.3 bilion).

Aset BNM terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM420.10 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion),  pinjaman dan pendahuluan (RM6.93 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan aset lain (RM9.80 bilion).

Liabiliti pula meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM133.78 bilion), mata wang dalam edaran (RM104.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.16 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.39 bilion), deposit-deposit lain (RM748.05 juta), kertas BNM (RM26.03 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion),dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.82 bilion).-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN