MADRID 10 Dis – Kelab Argentina, River Plate menewaskan lawan senegara mereka, Boca Juniors 3-1 selepas masa tambahan untuk menjuarai Piala Libertadores menerusi kemenangan agregat 5-3 awal hari ini. Berlangsung di gelanggang berkecuali di sini selepas dua kali ditunda akibat berlaku insiden keganasan pada final kedua di Buenos Aires, Boca bagaimanapun lebih dulu membuka jaringan menerusi Dario Benedetto sebelum rehat sebelum Lucas Pratto menyamakan kedudukan untuk River di pertengahan babak…










