KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan terakhir bagi 2018 hari ini, didorong pasaran ekuiti lebih kukuh, yang disokong oleh aktiviti memperelok akaun akhir tahun. Pada pukul 9.02 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1550 ketika ditutup pada Jumaat lepas. Peniaga berkata, permintaan terhadap mata wang tempatan meningkat memandangkan pelabur antarabangsa di Bursa Malaysia menukar mata wang mereka kepada ringgit,…










