Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS, dengan pelabur terus berhati-hati walaupun Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk menghentikan seketika perang perdagangan.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1630/1680, tidak berubah semasa ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata, walaupun Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping bersetuju untuk menghentikan seketika tarif baharu yang dijangka dikenakan pada Januari tahun depan, pelabur masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai mata wang pasaran sedang pesat membangun yang berisiko seperti ringgit.

“Hasil jangka panjang daripada mesyuarat itu masih tidak menentu, sebahagian pelabur berasa ragu jika ‘persetujuan’ antara kedua-dua pemimpin itu boleh menjadi pusingan U disebabkan status di media sosial atau tajuk akhbar,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0427/0486 daripada 3.0474/0515 pada Isnin, naik berbanding yen kepada 3.6653/6706 daripada 3.6695/6748 dan menambah berbanding euro kepada 4.7258/7328 daripada 4.7312/7373.

Ringgit turut naik berbanding pound kepada 5.2958/3025 daripada 5.3195/3275. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN