Ringgit dibuka rendah - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, berikutan permintaan yang rendah ke atas nota tempatan, kata peniaga.

Pada pukul 9.10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1780/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1760/1800 pada penutupan Khamis.

Peniaga berkata, kebimbangan berterus dalam kalangan pelabur mengenai kelembapan ekonomi dunia, mendorong permintaan ke atas dolar.

“Faktor-faktor ini mengheret turun prestasi ringgit,” katanya.

Selepas dibuka, ringgit bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0487/0512 daripada 3.0513/0553 pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.7834/7872 daripada 4.7924/7991 dan tinggi berbanding pound kepada 5.2906/2965 daripada 5.2968/3036.

Berbanding yen, ringgit menyusut kepada 3.7542/7579 daripada 3.7379/7425. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN