Ribuan saluran diplomatik EU digodam - Utusan Malaysia

Ribuan saluran diplomatik EU digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 19 Dis. – Pengodam berkait dengan China mengakses ribuan saluran sensitif diplomatik Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini.

Kejadian memalukan terbaharu itu merupakan pencerobohan data terhadap organisasi antarabangsa major.

NYT melaporkan, pencerobohan tersebut dikesan oleh syarikat keselamatan siber, Area 1 namun kes EU itu tidak mengandungi banyak benda berharga dan kurang komunikasi rahsia.

Katanya, teknik pengodam yang digunakan selama tiga tahun bersamaan dengan unit elit tentera Cina.

Pengodam mendapatkan akses kepada rangkaian komunikasi diplomatik melalui kempen pancing data yang mudah menyasarkan pegawai EU di Cyprus.

Dalam satu saluran yang diceroboh itu, Diplomat EU di Moscow menghuraikan persidangan kontroversi antara Presiden Donald Trump dan Vladimir Putin di Helsinki pada Julai sebagai ‘berjaya (sekurangnya buat Putin)’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×