RIO DE JANEIRO 22 Dis.-Penduduk di kawasan kejiranan mewah di sini gempar apabila menemukan ribuan ikan tidak bernyawa timbul di sekitar tasik Rodrigo de Freitas.
Ahli biologi mendakwa kejadian aneh itu mempunyai kaitan dengan cuaca panas yang diakibatkan oleh fenomena El Nino.
Tasik tersebut sebelum ini pernah digunakan untuk penganjuran beberapa acara sewaktu Sukan Olimpik pada 2016.
Kementerian Alam Sekitar Rio dalam kenyataan memberitahu pihaknya sedang memantau keadaan selepas paras oksigen di tasik itu dilaporkan turun mendadak.
Dalam pada itu, pakar biologi dan ekosistem, Mario Moscatelli yang setiap tahun memantau keadaan di tasik tersebut mendakwa perubahan iklim menjadi punca kepada peningkatan suhu terutamanya di kawasan tersebut.-AGENSI










