Ketika menunggu hidangan yang dipesan, air sirap ais itu dihirupnya sedikit demi sedikit. Sesekali Patricia Cheong, 65, mengibas kepulan asap yang terhembus ke kawasan tempat duduknya. Kepulan asap dari dapur arang restoran Mee Rebus Penang Ori yang terletak di Taman Cheras Utama, Selangor itu adakalanya menutupi pandangan, namun Patricia tidak sedikitpun berganjak dari tempat duduknya. Sesekali wanita itu menggosok-gosok hidung ekoran aroma tumisan rencah yang kuat baunya. Suasana tersebut tidak menjengkelkannya, malah dia tetap sabar menunggu. Selang beberapa minit kemudian, sepinggan mi goreng dihidangkan oleh pelayan restoran tersebut kepadanya. Patricia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya