Remaja dikhuatiri lemas lori terbabas ke dalam sungai - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas lori terbabas ke dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas lori dinaikinya bersama dua yang lain terbabas ke dalam sungai di Kilometer 9.8 Jalan Lama Bentong-Karak di Bentong, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, mangsa, K. Danesh Kumar, 18, yang dipercayai kelindan lori tersebut berasal dari Taman Seri Makmur, Karak.

Katanya, pemandu lori, P. Sundar Nathan, 29, dan seorang lagi penumpang yang hanya dikenali sebagai Dineswaran bagaimanapun berjaya keluar daripada lori itu dan hanya mengalami luka di kepala, tangan serta kaki.
“Kemalangan dipercayai berlaku pada pukul 2 petang, apabila pemandu lori gagal mengawal kenderaan semasa melalui selekoh menyebabkannya terbabas ke dalam sungai di kanan jalan.

“Usaha mencari dan menyelamat Danesh Kumar masih dijalankan pihak bomba sebaik sahaja dimaklumkan kehilangan mangsa selepas kemalangan,” kataya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamarulzaman menambah, Sundar Nathan dan Dineswaran dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN